Bismillahirrahmanirrahim
Mengintai hari-hari terakhir Ramadhan. Yang berbaki 10 hari cuma dan yang tersisa pastinya waktu tanpa amalan.
Lakaran Cinta – Semoga Dua Hati Ini Akan Terus Bersatu Penuh Sakinah Mawaddah dan Rahmah

Merenung hari-hari belakang yang jauh ditinggalkan, melihat jatuh bangun seorang dia. Menilai hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Pun tanpa sesalan. Yang terbit cuma kesyukuran tidak berbelah bagi. Andai janji bersua tidak tertunai, tidak ralat rasanya kerana kebahagiaan itu sudah melingkar hari-hari mendatang. Bahagia yang pernah dicita, nyata kunjung tiba. Tepat seperti yang dikata, belum lagi terlambat andai masa itu masih ada. Yang perlu ialah kesabaran dan keteguhan bahawa janji Allah itu sesuatu yang pasti.
Seorang dia yang dikagumi kerana tabahnya hati walau terkadang jiwa meronta. Seorang dia yang senantiasa tersenyum walau nyata terkesan titik jernih di pipi. Seorang dia yang penuh dengan rasa kasih walau seringkali dibalas luka. Dan seorang dia yang teguh berharap bahagia hari muka. Ternyata, kebahagiaan itu milik abadi seorang dia.
Bukankah janji Allah itu pasti. Bahagia sesudah derita. Kesenangan setelah kesusahan. Jalan keluar di sebalik gelap hitam lorong yang dilalui.

6 Responses to “Lakaran Cinta”
Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Mabrukk..dah kahwin ya..semoga bahagia:)
Assalamualaikum dik...
alhamdulillah, akhirnya bersatu jua kalian atas janji ALLAH bila tiba masanya...perkahwinan itu suatu anugerah dan amanah, jaga dn jalankn ia mengikut sunnah sebaiknya.
Eid mubarak! akak minta maaf salah silap semua yg terzahir atau tidak...
kullu am wa antum bilkhair.
senjahati dah kawin erk?
Entri yang menimbulkan kekeliruan, mungkin..
Sebenarnya entri ini berkisar & ditujukan buat seseorang.
Sudah tentu bukan saya dan belum lagi bergelar isteri orang ;))
tu yg sy pelik..
dan sy rasa gambar entri ni pernah ada dlm entry senjahati sblm ni kan?
andai entri ni ditujukan buat seseorg doakan lah kebahagiaan dia..walaupun sbnarnya pahit utk kita lalui..
Gambar entri ini belum lagi saya publishkan kat mana-mana Adz :)
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komentar Anda