Walau siapa pun, yang senantiasa dekat di hati, maka kegembiraannya kebahagiaan saya. Sedari dulu, begitulah saya. Hati terasa sangat puas bilamana melihat insan-insan yang disayangi gembira. Kepuasan itu kebahagiaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya senantiasa mahu menjadi yang terbaik..Anak yang terbaik, cucu yang terbaik, kakak yang terbaik, sepupu yang terbaik, sahabat yang terbaik, cikgu yang terbaik dan hambaNya yang terbaik. Bila sahaja saya bukan yang terbaik, ketahuilah saya sedang mencuba untuk itu.

Dan saya sedang mencuba menjadi bakal isteri yang terbaik. Bertatih mensolehahkan diri. Walau saya bukanlah seorang ustazah kepada bakal suami yang bukan ustaz. Namun sedaya upaya saya cuba meletakkan Dia di baris yang paling hadapan.

3 Responses to “Terbaik”
salam..
moga ALLAH swt permudahkan perjalananmu utk menjadi yg terbaik..
iya.. menjadi anak yg trbaik, kakak yg terbaik, sepupu yg terbaik, tidak semudah diucap kata.
namun percayalah, walau tidak yg ter'baik, kehadiran dirimu sahaja sudah membuahkan kegembiraan dan kegembiraan pd yg lain..
Terima kasih.
Siapapun dia walau bukan yang terbaik..tetap dirasakan kehadirannya.
Saya menantikan agar detik itu akan menjadi satu kenyataan buat Anis. =)
Post a Comment
Terima Kasih Untuk Komentar Anda